AHLAN WASAHLAN
Pimpinan Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman blog KKDS. Pihak KKDS mengalu-alukan cadangan dan idea yang bernas dari semua pihak agar Keluarga Anak Kedah Syria terus maju untuk menjaga kebajikan penuntut-penuntut Kedah di Bumi Syria..
LINK BLOG KKDS
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
WAKTU SYRIA
DIREKTORI PERHUBUNGAN KKDS

Mohamad Zahir Bin Abdul Halim
(YDP KKDS)+963-932-897758

Muhamad Bilal Bin Mohd Zain
(Timb. YDP)+963-947-818867

Masyitah Binti Mohd Zainon
(Ketua HELWI)+963-949-829580

Mohammad Faiz Bin Mohammad Ali
(Setiausaha Agung)+963-966-550814

Siti Zainab Binti Md Amin
(Setiausaha HELWI)+963-967-348638
TARIKH HIJRIAH
INFO JELAPANG PADI
Makluman!
Salam KKDS pada semua pengunjung
KKDS MESSENGER
WEB NEGERI KEDAH
  • Kerajaan Negeri Kedah
  • kedahlanie
  • YB NEGERI KEDAH
  • YB Tanjung Dawai
  • YB Bandar Baharu
  • YB Pantai Merdeka
  • YB Kubang Rotan
  • YB Bukit Lada
  • YB Pengkalan Kundor
  • PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA
  • MSAJ (Jepun)
  • PPP (Yaman)
  • PPP (Sudan)
  • ppp (Cork, Ireland)
  • PPP (Syria)
  • PPP (Mesir)
  • WEB LINK
  • Karangkraf.com
  • Ilmu Komputer
  • Guru Komputer
  • Dremi Info
  • Design blog I
  • Design blog II
  • PC Media
  • Sumber Pendidikan ICT
  • Smart Teknologi
  • Ilmu IT
  • Suasana di Malaysia
  • Media Muslim
  • Portal Ukhuwah
  • Portal Muslimah
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • Al-wan Komik
  • Nasyid
  • Teman in-team
  • Sahabat Hijjaz
  • Teras Keupayaan Melayu
  • Ulama'
  • Parti Islam Semalaysia
  • Dremi Info
  • Syeikh Habib Omar b. Muhammad
  • Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
  • Syeikh Habib Al Jifri
  • Maktabah Dar Al-Sunni
  • Syeikh Faisal Mauluwi
  • Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
  • Syeikh Yusuf Al- Qardawi
  • Syeikh Muaz Khatib
  • Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
  • Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
  • Maktabah Dar Al-Saniah
  • Syeikh Faisal Mauluwi
  • Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
  • SaifulIslam
  • Harun Yahya
  • Syeikh Yusuf Al- Qardawi
  • BADAN NEGERI DAN SEKOLAH
  • IRHAMI
  • PMTIS
  • TEAM BLOGGER
  • Abang Zul (Pahang)
  • Innallaha Ma'ana
  • Kembara Ilmu
  • Senandung malam
  • Tentang Kita
  • Tinta permata
  • albazrah
  • iffah-hidayah-rejab
  • imansabar
  • rampaisari
  • mrbab-uthmani
  • penyubiru
  • annyss
  • nazhatulshima
  • syauqah-el-wardah
  • alqasam
  • kembarasolo
  • dugongsenyum
  • Azizi Abdullah
  • mrbab-uthmani
  • UCAPAN YANG DIPERTUA SEMPENA PROGRAM SEHARI BERSAMA KKDS
    Saturday, January 24, 2009
    Assalamualaikum.W.B.T

    Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang meliputi kuasanya langit dan bumi. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya serta para sahabat.

    Pertamanya syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang telah di kurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan islam di mana kedua-dua nikmat ini adalah nikmat yang terbesar yang tiada tolok bandingnya. Kedua-dua nikmat inilah yang mendorong dan membawa kita kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T. Amat malang bagi sesiapa yang tidak menggunakan peluang kenikmatan ini sedangkan ia telah dikurniakan dan lebih malang lagi bagi sesiapa yang menentangnya.

    Islam dikurniakan kepada semua tidak mengira bangsa, geografi dan warna kulit. Islam itu sendiri sudah lengkap dengan pelbagai aspek dari sudut ibadah, kekeluargaan, pergaulan dan kemasyarakatan di mana setiap aspek tersebut adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Tetapi kita melihat penentangan terhadap Islam tetap diteruskan bermula dari dakwah Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah sekarang

    Di sini kita melihat perlunya ada golongan yang harus mempertahankan Islam itu sendiri. Mempertahankannya dari serangan musuh dari luar dan memperbaiki kelemahan kelemahan yang berada di dalam. Tugas pertahanan ini pertamanya harus diletak di atas bahu para ulamak, satu golongan yang diceritakan oleh Rasullullah sebagai pewaris nabi. Mewarisi segala apa yang dibawa oleh Rasullulah dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka inilah yang bertanggung jawab menggerakkan seluruh masyarakat Islam di dalam mempertahankan kedaulatan Islam yang hakiki dengan menyatu padukan masyarakat Islam di bawah naungan al-Quran dan as-Sunnah.

    Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) sebagai sebuah organisasi yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah sebagai sandaran di dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi manusia yang bergelar ulamak, mengajak seluruh ahli dan masyarakat Islam supaya mengenang nasib yang menimpa agama Islam sekarang. Agama Islam sekarang yang dilihat semakin lemah. Umatnya ditindas dan dihina sepanjang waktu. Sedarlah sekiranya kita melihat dari dalam kita akan dapati bahawa punca kelemahan tersebut adalah berpunca dari kita sendiri. Perpecahan umat yang berleluasa hanya disebabkan perkara-perkara kecil. Tamak kepada harta kekayaan dunia sehingga agama sanggup digadai. Inilah titik-titik di mana musuh-musuh Islam dapat menyerang Islam dari dalam tanpa perlu berperang dari luar.

    KKDS mengajak semua ahli yang bergelar penuntut ilmu agama, yang bakal menjadi ulamak supaya meletakkan hati masing-masing untuk Islam. Mulakan perjuangan di sini dengan menjadikan seluruh umat Islam itu adalah saudara. Tidak mengira apa saja bahasa yang diucapkan, apa jenis warna kulitnya seseorang itu, selagi ia Islam, jalinkanlah persaudaraan. Inilah tuntutan Islam. Inilah satu kuasa yang akan membangkitkan Islam semula. Bermula dari sebuah organisasi yang kecil seterusnya ke masyarakat yang lebih besar dan lebih besar lagi. Jadikan Rasullullah sebagai qudwah di dalam menyatukan Muhajirin dan Ansar di mana sebelum itu masyarakat arab berada di dalam perpecahan yang teruk yang begitu ta'asub dengan kabilah mereka. Penyatuan ini hanya berjaya dengan di bawah naungan Islam. Di bawah naungan Islamlah sebuah masyarakat yang ketinggalan dari arus kemodenan, dapat menjadi kuasa besar dunia dengan kejatuhan Rom dan Parsi. Tetapi sekarang masyarakat Islam menjadi lemah, dipermain dan diperlekehkan oleh kaum lain.

    Masihkah kita ingat bagaimana kerajaan Khilafah Uthmaniah ditumbangkan. Salah satu cara yang digunakan oleh puak Britain dan Yahudi pada masa itu adalah dengan meniupkankan api asabiayah dikalangan pemimpin arab sehingga menyebabkan berlakunya penentangan puak arab yang diketuai oleh bani Saud ke atas Uthmaniah yang bertempat di Turki. Akhirnya mereka dikurniakan oleh Britain penyempadanan negara-negara arab dan lahirlah negara arab seperti Saudi Arabia dan lain-lain. Ingatlah musuh-musuh Islam sudah sekian lamanya mencari kelemahan Islam untuk mengalahkan Islam. Kelemahan sudah pun mereka dapat, kemenangan sudah pun mereka kecapi yang tinggal hanyalah umat Islam yang lupa diri dibawa oleh keseronokan dan kemewahan dunia. Inilah rancangan musuh Islam sejak berzaman. Tetapi kita masih leka walaupun kita menyedari hakihat sebenar.

    Dunia sedang menantikan rijalul ahya' yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam di atas landasan sebenar. Dengan membawa tuntutan dari Allah dan Rasulnya. Menegakkan yang hak menghapuskan yang batil. Inilah peranan besar yang perlu digalas oleh para ulamak dan pendakwah sekarang. Sebagai seorang yang menuntut ilmu agama, yang bakal bergelar ulamak, jadikan diri kita sebagai pengislah atau reformis di dalam Islam. Jangan jadikan diri kita sebagai racun yang menambahkan parah pada luka lama.
    Satukan hati kita untuk Islam nescaya tidak mustahil kegemilangan Islam dapat dikembalikan. Jadikan segala cubaan dan cabaran di dalam perjuangan hanya ujian dari Allah kepada hambanya. Allah S.W.T berfirman :(maksudnya)
    Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).

    Perjuangan memerlukan kesabaran. Dengan kesabaran kemenangan dapat dikecapi. Dengan kemenangan Islam akan subur semula dan keadilan dapat ditegakkan. Inilah tuntutan Islam. Marilah kita sama-sama menggerakkan hati kita di dalam kesatuan Islam. Menjadikan Islam sebagai yang tertinggi yang membawa seluruh alam kepada kebenaran.

    اتّقوا الله ويعلِّمكم الله

    Mohamad Zahir Abdul Halim
    Yang di Pertua
    Keluarga Anak Kedah Syria
    Sesi 2009
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 10:13 AM   0 comments
    PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR
    Thursday, January 15, 2009
    PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR
    DI SYRIA
    SECARA ONLINE

    1. Buka www.zakatkedah.com/iptonline

    2. Klik pada PERMOHONAN BARU

    3. Pilih JENIS BANTUAN

    4. Baca syarat-syarat permohonan dengan teliti. Pemohon WAJIB menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

    5. Isi dengan lengkap BUTIRAN DIRI merangkumi
    - Maklumat Pelajar
    - Maklumat Bapa / Ibu / Penjaga / Pasangan (bagi pasangan yang sedang berada di Malaysia sahaja dan menjadi penjaga pemohon)
    - Maklumat Tanggungan Penjaga
    - Maklumat Pengajian (pada ruang “sesi pengajian dan tahun pengajian”, pemohon hanya perlu mengisi tahun pengajian sahaja.)
    - Maklumat Tambahan

    6. Isi KATA LALUAN. (kata laluan dan pengesahan kata laluan mestilah sama dan pemohon diingatkan tidak lupa kata laluan yang dimasukkan)

    7. Klik SEMAK.

    8. Jika ada pembetulan pada butiran peribadi, klik KEMASKINI. Jika tidak ada, klik pada SAH DAN HANTAR. (pemohon diingatkan supaya menyemak dengan teliti maklumat butiran diri sebelum menekan butang Sah dan Hantar)

    9. Kemudian setelah selesai klik pada CETAK BORANG. Borang yang telah dicetak perlu dikepilkan bersama dokumen yang telah ditetapkan dan perlu dihantar ke Majlis / Persatuan Pelajar untuk disahkan.

    10. Penghantaran borang ke Jabatan Zakat Negeri Kedah hendaklah melalui Majlis / Persatuan Pelajar. Penghantaran secara individu tidak akan dilayan.

    11. Pemohon boleh menyemak status permohonan dari masa ke semasa dengan membuka www.zakatkedah.com/iptonline menggunakan No KP dan Kata Laluan. Klik pada SEMAK
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 7:59 AM   0 comments
    PENGENALAN

    Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
    Lokasi: Damascus, Syria
    Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
    See my complete profile
    Terbitan
    Arkib
    BERITA
    Powered by

    -::NOURAN CREATIVE::-


    Daftar Pelawat
    Hit Counter
    Hit Counter
    Keluarga Anak Kedah Syria 2009 zakatnegerikedah Template by Isnaini Dot Com